Duration:
30 minutes
Segment:
Magazine

Pemain yang berkelana di Jepun, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak, 23, kini sah menyertai Perak FC. Bekas pemain Fagiano Okawa itu bakal memperkuatkan jentera serangan Perak FC dalam saingan Liga Super musim 2023 ini.

Pengumuman itu dibuat ketika Majlis Pelancaran Jersi Baharu Perak FC 2023 di Stadium Perak di sini pada Jumaat.

Ketika ditanya mengapa memilih Perak FC, Muhammad Hadi Fayyadh menjelaskan keputusan itu dibuat atas faktor Ketua Jurulatih, Lim Teong Kim dan pihak pengurusan Perak FC yang bersungguh-sungguh mahukan khidmatnya.

Leave a Reply