Perak FC bakal melakukan transformasi pada jendela perpindahan kedua Julai ini dengan membawa masuk beberapa pemain baharu bagi memperkukuhkan pasukan itu.
Ia dinyatakan Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi selepas mengakui terlalu banyak kekurangan yang menghantui skuad The Bos Gaurus itu ketika ini.
Malah, kekalahan besar 0-5 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam menyerlahkan lagi kelemahan pasukan yang dibarisi ramai pemain muda sekaligus kurang pengalaman bersaing di pentas tertinggi Liga Malaysia itu.
“Skuad ‘depth’ jelas dilihat banyak kekurangan dan kami akan menilai semula keupayaan skuad kita semasa jendela perpindahan pertengahan musim,” katanya di laman sosial rasmi Perak FC hari ini.